Melalui pendekatan fonetik, murid-murid prasekolah dilatih untuk mengecam bunyi hasil gabungan konsonan dengan vokal secara berperingkat-peringkat. Teknik-teknik ini mudah didapati dalam pelbagai jenis buku dan modul prasekolah di pasaran.
Kaedah ini menggantikan kaedah konvensional iaitu murid-murid mengeja dahulu yang mana prosesnya agak panjang kerana mereka kena sebut huruf bagi setiap sukukata sebelum mencantum sukukata-sukuata yang membentuk perkataan. Jadi melalui kaedah fonetik ini kanak-kanak sebut dan cantum bukan lagi eja-sebut, eja-sebut baru cantum.
Sebelum mempraktikkan kaedah fonetik kepada murid-murid sudah pastinya mereka mesti dibiasakan dengan bunyi bunyi yang terbentuk dari setiap gabungan huruf-huruf konsonan dengan huruf-huruf vokal yang berbeza.
Saya lebih senang untuk mengajar murid-murid saya bermula dengan vokal a, i dan u terlebih dahulu kerana sukukata ini paling kerap digunakan dalam perkataan-perkataan Bahasa Malaysia. kemudian barulah diikuti dengan vokal o dan e. Walau bagaimanapun saya percaya setiap guru-guru khasnya guru-guru prasekolah mempunyai cara dan teknik yang berbeza yang diguna pakai di dalam kelas masing-masing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan