Pengikut

Ahad, 25 September 2011

sharing is caring: Sambutan Merdeka 2011

sharing is caring: Sambutan Merdeka 2011: tahun ni sama cam thn lepas gak...pra buat program merdeka ria... Best...thn ni aku bg sehelai bendera jalur gemilang ukuran sederhana besa...

Sambutan Merdeka 2011

tahun ni sama cam thn lepas gak...pra buat program merdeka ria...
Best...thn ni aku bg sehelai bendera jalur gemilang ukuran sederhana besar kat sumer bdk2 pra...bawak balik pastu mintak parent create something dr kain bendera tu...
tp...klu ada yg x nak buatpun xper...xder paksaan...program ni terbuka...sapa2pun leh masuk...tp mesti ada tiket anak kat prasekolah.
yg bestnyer...thn ni 21 kuarga yg join...parent mmg supportive thn ni...
dan yg lagi best...program kls perdana x berjln spt yg diorg rancang...tp program pra aku still go on...meriah gitu...
walaupun aku xder seminggu masa ujung2 tu...tp parent still buat gak...
dan...hari terakhir tuk parent hantar ciptaan diorg tu...mcm2 benda/hasil yg aku dapat...mmg x terduga langsung....
kalau nak tgk...leh tgk gambar2 yg aku amik nih...
































Khamis, 25 Ogos 2011

Nyanyian dan kanak-kanak

Lagu kanak-kanak klasik asas pembentukan sahsiah
Lagu kanak-kanak klasik asas pembentukan sahsiah
Oleh Rosnah Ahmad
ARWAH ibu gemar memdodoi anak-anaknya dengan zikir dan menyanyikan lagu kanak-kanak klasik Melayu yang penuh dengan mesej dan aksi. Kini, saya turut melakukan perkara sama kepada anak-anak mengikut tahap perkembangan mereka. Guru dan pengasuh yang bekerja di taska, pusat jagaan dan tadika saya juga diminta menggunakan cara sama kepada kanak-kanak dalam jagaan mereka.

Arwah ibu kerap menyanyi ‘cak cekur udang gamit, minta cekur bagi kunyit’. Lagu ini dinyanyikan apabila anak sudah boleh membuka dan menutup tangan pada sekitar usia tujuh bulan. Anak diajar untuk membuka dan menutup tangannya mengikut lagu yang dinyanyikan. Ia sebenarnya membantu menguatkan otot-otot jari dan tangan anak. Kemudian anak dengan sendirinya akan menggayakan tangannya setiap kali lagu ini dinyanyikan. Ia adalah kegiatan yang menggembira dan meningkatkan keyakinan diri mereka.

Apabila pandai menggunakan jari telunjuk sekitar usia sembilan bulan, arwah ibu suka menyanyikan lagu:Tun-tun nukut,Nukut dalam cupak, Mana tikus mondok, Menyorok bawah ketiak.Lagu ini digayakan anak dengan mengetuk-ngetuk satu jari telunjuk ke tapak tangan yang satu lagi. Apabila habis lagu dinyanyikan, ibu akan menggeletek bawah ketiak anak supaya berasa geli dan ketawa. Pada peringkat ini anak juga diajar menepuk tangan dengan lagu Tepuk Amai-Amai.Apabila anak bertatih belajar berjalan lagu berikut dinyanyikan:Tak teh kayu api, Sudah letih jalan lagi. Lagu lain yang dinyanyikan oleh arwah ibu, termasuk Buai Laju-Laju, Rasa Sayang, Tom Tom Bak, Air Pasang Dalam, Enjit-Enjit Semut, Lompat Si Katak Lompat dan Tebang Tebu.

Lagu kanak-kanak Melayu klasik mengandungi mesej berserta aksi atau pergerakan kreatif, yang menyumbang kepada perkembangan menyeluruh dan pembentukan sahsiah generasi kita sejak turun-temurun. Lagu ini juga banyak membawa mesej positif dalam diri anak iaitu mesej Islam, taat kepada Allah, nasihat, nilai moral tinggi, taat kepada ibu bapa, menyemai rasa kasih sayang dan mencintai keindahan alam. Doa dan harapan ibu bapa terhadap anak banyak diselitkan dalam lagu ini.

Malangnya, lagu ini semakin dipinggirkan. Kanak-kanak dan lagu memang tidak boleh dipisahkan. Ia adalah asas untuk mereka melihat, mendengar, bertutur, bergembira dan meneroka anggota badan serta alam sekeliling melalui seni, muzik, pergerakan dan kreativiti. Dari sini, keyakinan diri mereka akan terbentuk. Mereka seterusnya, akan menjadi anak yang riang, mudah bergaul dan belajar.Lagu yang sesuai untuk kanak-kanak peringkat awal adalah lagu beraksi, permainan berlagu, lagu yang menggunakan perkataan yang mudah dan selalu diulang. Lagu yang tidak bermakna juga boleh digunakan.

Zikir dan lagu klasik Melayu menepati ciri itu. Ia juga membolehkan kanak-kanak mengenali dan menghargai budaya agama dan bangsa kita. Lagu dan pergerakan kreatif juga penting dalam menyampaikan sesuatu maksud kepada perkataan atau arahan yang diberi kepada anak. Setiap arahan perlu tepat, jelas dan disertakan dengan aksi yang menyerlahkan maksud perkataan supaya mesejnya sampai. Contohnya, permainan berlagu seperti Lompat Si Katak Lompat dapat mengajar anak pergerakan yang dikaitkan dengan perkataan melompat. Aksi melompat dengan tinggi, menggalakkan perkembangan fizikal dan membantu anak mengenali konsep rendah dan tinggi.Perkembangan akal kanak-kanak ditingkatkan melalui permainan berlagu, terutama lagu yang menggunakan gerak tangan.

Saya sangat suka lagu Air Pasang Dalam yang banyak menggunakan pergerakan tangan menyilang yang sangat baik untuk meningkatkan potensi otak kanan dan kiri. Aksi lagu ini juga dimainkan dua berkumpulan. Ia baik untuk perkembangan emosi dan sosial anak.Banyak juga lagu yang berunsur teka-teki, mengenal abjad dan matematik yang baik untuk minda anak. Permainan berlagu Mak-Mak Pergi Pasar, contohnya, mengasah kemampuan anak untuk mengenal dan mengeja warna.Kegiatan nyanyian beraksi dapat meningkatkan kecerdasan kanak-kanak.

Anak kecil yang aktif menunjukkan bahawa dia akan membesar menjadi anak cergas. Ia seperti sabda Rasulullah saw bermaksud:“Keaktifan anak pada masa kecil akan menambah kecerdasannya ketika dewasa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)Sebagai ibu bapa, kita juga mesti memahami bahawa kanak-kanak gemarkan nyanyian dan pergerakan. Mereka banyak belajar melalui nyanyian dan permainan. Ada ibu bapa yang agak malu untuk menyanyi dan melakukan aksi lagu bersama anak-anak. Sikap ini mesti dikikis dan digantikan dengan sikap memupuk minat berkreatif melalui zikir, nasyid dan nyanyian.

Setiap aksi mesti dimulakan oleh ibu bapa kerana anak suka meniru. Ia adalah antara kegiatan masa berkualiti yang harus dilakukan setiap hari bersama anak-anak supaya mereka gembira, dihargai dan disayangi.

PENULIS ialah seorang pengusaha taska dan boleh dihubungi pada wanitajim0@yahoo.com. Jawapan terhadap permasalahan di ruangan ini boleh dilayari wanitajimceria.blogspot.com

Sabtu, 13 Ogos 2011

jom main domino

Alhamdulillah...
ni lah bahan yang saya buat khas tuk anak2 pra saya.
sepanjang bulan posa nih...budak2 x brp larat nak baca & tulis jadi sebagai inisiatif, saya membina set domino ni. tujuannya supaya anak2 pra saya walaupun letih berpuasa tp tetap gembira belajar.
set domino ni ada 6 semuanya...
ada tuk eja kvkv,ada tuk kenal nombor 0-10, ada tuk knl haiwan, ada tuk knl huruf besar, ada tuk knl huruf kecil dan juga tuk knl siri nombor 1-50.
bukan setakat bermain tetapi, anak2 pra saya juga belajar.
dan ada yg lebih kreatif tu...boleh lak susun bongkah domino tu jadi menara...bangunan...hhhmmmm mmg kreatif.....

ni pulak...video anak2 pra saya sedang bermain set domino tuk knl huruf ABC


Selasa, 19 Julai 2011

kad baca pra

sudah lama tak menjengok ke laman ni....
hari2 yg mendatang semakin sibuk...
bergelut dengan tugas2 harian yang tak pernah berkesudahan.
hari ini aku sempat menjenguk sekejap....
hhmmmmm....tentu rakan2 yg sering berkunjung ke laman ini keciwa kerana tak ada yang baru.
maaflah...aku x sempat...

tp hari ni, aku nk msukkn/tunjukkan kad imbas 3 dalam 1 yang dah lama aku gunakan dlm P&P.
kad baca ria abc.
kad ni berfungsi untuk perkenalkan huruf2 a-z kepada murid2.
dan dalammasa yg sama, kad ni jugak bergambar, jd secara automatik, bdk akan tahu uruf a untuk apa, huruf b untuk apa.
dan sebagai langkah ke 3...murid boleh eja baca ayat mudah. ayat mudah hanya 3-5 perkataan sahaja, berkaitan dengan gambar.
jadi murid boleh sebut huruf, knl gambar yg sepadan dengan huruf dan membaca ayat mdah...
senangkan...3 kemahiran dalam 1 kad jer...

ni kat bawah ni cthnya...


Ni pulak kad perbualan harian dalam bahasa inggeris.
aku punyalah dok fikir...camner nk bg anak2 pra aku tu leh sebut ngan mudah bahasa inggeris.
jadi aku buat lah simple conversation & meaning nih...
aku sbt ulang2 tiap2 hari...sampai bdkpun dah tahu lah...
la ni...bdk2 dah blh diharap baca sendiri...
diorg dah taunk guna satu2 conversation tu kat mana dan pada masa mana...
alhamdulillah...sapa cakap bdk kampung xleh speaking london...
hahahahaha....anak2 pra aku boleh...w/pun x seterror yg dok pekan tp at least diorg dah leh respon jawab bila aku tya direct...

ni cth simple english conversation yg aku guna kat dalam kelas...

Isnin, 6 Jun 2011

Bacaan Bertema Prasekolah

Alhamdulillah...akhirnya setelah penat berjaga sampai ke subuh...selama hampir sebulan...Himpunan Siri Bacaan bertema dahpun siap sepenuhnya.

Ada 6 siri semuanya termasuk siri Edisi Sambutan Hari Istimewa. Penat sangat nk siapkan BBM nih...

Tapi akhirnya aku berjaya gak...

Yang paling best, semua tema dlm P&P pra ada bacaannya dalam siri2 nih...xdelah penin2 nk fikir nk ajar bacaan apa katbebudak pas nih... ok la tu...

Pasni sessi tuk memprint dan melaminate semua siri bacaan bertema tu dan buh dalam kls. ttu bdk2ku suker... diorg mmg sentiasa tunggu bahan2 baru...

nilah...hasilnya...hhmmmmm...aku puas!!!!